Sunday, 23 June 2019

Watak Di Dalam Kelas

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cik Izzazol selaku pensyarah KPS3014 Pengurusan Pembelajaran. Blog ini merupakan salah satu daripada tugasan dan juga kerja kursus bagi subjek ini. Pada entri yang pertama ini saya akan berkongsi mengenai watak di dalam kelas. Watak yang ingin saya kongsikan ialah pensyarah kami sendiri iaitu Cik Izzazol binti Idris. Beliau mempunyai perwatakkan yang ceria dan periang. Walaupun mungkin jarak usia di antara kami jauh namun kami berasa selesa ketika di dalam kelasnya. Ibarat sebagai seorang kakak kepada kami.

Selain itu, watak yang saya senangi di dalam kelas ialah Salsabila binti Adnan. Dia merupakan pelajar daripada ISMP Sejarah. Kami mengenali antara satu sama lain semasa dari semester satu. Bella merupakan seorang gadis yang tinggi lampai dan berkaca mata. Dia berasal daripada Kota Bharu Kelantan. Saya memilih dia kerana mempunyai perwatakkan yang ceria dan sentiasa menghiburkan saya. Saya berasa gembira kerana dapat belajar di dalam kelas yang sama. Ketika di dalam kelas, Bella  agak pendiam dan kurang bercakap berbanding di rumah kerana dia lah  yang banyak bercakap. 

     Bagi saya Bella merupakan seorang yang sahabat yang baik, rajin dan mempunyai ramai kawan. Dia suka menolong orang yang berada dalam masalah seperti saya. Dia juga selalu mengambil berat akan kawan-kawannya misalnya, jika saya mempunyai masalah kesihatan, dia lah yang akan membawa saya ke klinik. Saya berasa syukur kerana mempunyai sahabat seperti Bella. Itu sahaja ulasan saya. 



TOPIK 14 - PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014) Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas
 Suasana belajar yang selesa akan dapat merangsang pembelajaran murid. Susun atur kelas akan memberikan kesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, meja dan kerusi yang disusun mengikut kumpulan akan dapat memudahkan murid-murid untuk berinteraksi sesama mereka. Kaedah penyusunan kelas seperti ini akan dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mereka dapat berkomunikasi dan berbincang dengan mudah.

Selain itu, guru-guru perlu memainkan peranan dalam pengurusan alam pembelajaran. Sebagai contoh, emosi seorang guru perlulah dikawal agar tidak mengganggu suasana belajar. Guru yang sedang marah semasa mengajar akan menyebabkan murid-murid tidak berasa selesa untuk belajar dan dalam masa yang sama turut akan menyebabkan perasaan murid turut terganggu. Bukan itu sahaja, guru juga perlu menggunakan ayat yang lembut dan sopan serta menegur murid dengan cara yang berhemah.

Seorang guru perlu membuat perancangan kurikulum, huraian sukatan buku teks dan rujukan sebelum memasuki kelas. Perancangan yang telah dilakukan akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk dijalankan. Selain itu,guru tersebut boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai agar mampu menarik minat murid dan seterusnya merangsang pembelajaran murid.


Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini merupakan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan oleh semua guru agar dapat memupuk minat murid untuk belajar. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan lancar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar.



TOPIK 13 - PENGURUSAN SEKOLAH & PERSEKITARAN


Sekolah mestilah mengamalkan sikap tiga dimensi dimana sekolah akan bertoleransi dengan ibu bapa serta masyarakat( Seng, T. W. ,2005 ).PIBG atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu persatuan yang penting dalam sekolah. Di mana hubungan sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Selain itu, mereka mestilah mencapai objektif yang sama. Contohnya, apabila sekolah ingin mencapai sesuatu objektif maka ibu bapa dan masyarakat harus berganding bahu merealisasikan objekif tersebut. Selain itu, sekolah mestilah ada hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa dan masyarakat. Contohnya, sekolah mengadakan program bersama ibu bapa dan masyarakat. Apabila program ini dijalankan ia akan menghasilkan hubungan yang akrab dan mantap disamping dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Akhir sekali,gabungan antara ibu bapa dan masyarakat serta sekolah dapat menghasilkan satu hubungan yang positif dimasa akan datang.

Hubungan mesra yang terbina diantara sekolah dan ibu bapa ini sangat digalakkan untuk masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan nama dan prestasi sekolah dalam mencapai kejayaan seseorang murid. Jadi hubungan ini sangat penting disesebuah sekolah untuk mencapai sekolah yang cemerlang bersama ibu bapa dan masyarakat. Seterusnya , hubungan yang terbina diantara sekolah bersama ibu bapa dan masyarakat juga boleh menghasilkan satu produk atau satu kejayaan yang boleh membehagiakan semua orang. Jadi sebagai ibu bapa dan masyarakat yang prihatin, kita mestilah mengambil hal ini secara serius dengan sentiasa berganding bahu bersama pihak sekolah untuk mendapat kejayaan bersama sama.



TOPIK 12 - PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah ynag diambil untuk memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU).

pengurusan murid pelbagai upaya memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pemulihan, pengayaan, dan kecerdasan pelbagai. Pemulihan bermaksud perbuatan untuk memulihkan sesuatu kepada keadaan semula. Pembelajaran pemulihan bermaksud memperbaiki sesuatu kekurangan. Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar yang dikesan mempunyai masalah tersebut perlulah diberikan bantuan agar mereka dapat mengusai kemahiran 3M tersebut.

Seterusnya adalah penggayaan. Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.

Akhir sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali  akan tetapi guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.











TOPIK 11 - PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Menurut Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya”mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.



Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Yang pertama ialah isi kandungan. Ia merupakan pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan. Yang kedua ialah minat dimana pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar. Yang ketiga ialah kadar:dimana pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru. Yang keempat tahap merupakan pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.  Yang kelima ialah akses dimana pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka. Yang keenam ialah respon. Respon merupakan pembezaan akses (kepada sumber) memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar. Yang ketujuh merupakan urutan. Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.Seterusnya, pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang supaya pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.Masa guru merupakan masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka. Stail pengajaran juga merupakan pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan –visual learners, auditory, verbal dan sebagainya.

Terdapat beberapa implikasi dan cabaran. Pendidikan adalah  satu proses evolusi yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah. Pertama melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan dimana sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula  untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Kedua, melalui kursus dan perkhidmatan dimana kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan    untuk membantu para guru menangani perubahan secara   berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran  serta aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru  dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Ketiga, program pengembangan staf berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah  sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu  sebenar dalam konteks kerja yang sebenar.




TOPIK 10 - BIMBINGAN DAN NASIHAT

Konsep bimbingan merupakan bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

      Konsep memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah, 1994). Menurut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

 

Proses bimbingan dan penasihatan mempunyai 5 fasa iaitu Fasa 1 (kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar), Fasa 2 (menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan), Fasa 3 (proses mengenali pelajar), Fasa 4 (proses membimbing pelajar), dan Fasa 5 (analisis penilaian).

Fasa pertama, kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Pada fasa kedua, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.

Fasa ketiga merupakan proses mengenali pelajar Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

Fasa keempat proses membimbing pelajar membina hubungan, penerokaan, definisi masalah dan membina matlamat, alternatif penyelesaian dan pelan tindakan, dan melaksanakan tindakan. Fasa kelima ialah analisis penilaian dimana melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

Bimbingan, penasihatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik fan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.


TOPIK 9 - PENGURUSAN DISPLIN


Definisi Tingkah laku

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),  tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah Laku Bermasalah  Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. 
  
9.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU

            Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008). 

            Penderaan Kanak-Kanak  iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya.  

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008)        kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.

9.1.1  Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negative guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru.

9.3 PERATURAN DAN DISIPLIN MURID

a) Disiplin

- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
- Kesanggupan seseorang murid  menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.

b) Pengurusan Disiplin

Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok  masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.

c) Tanggungjawab pengetua / Guru-guru

            1.  “Vicarious Liability” – bertanggungjawab secara
               langsung terhadap semua perkara di sekolah
               yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap
               murid-murid.

            2. Umumnya – mendidik, menjaga dan “duty of care”.
           
            3. Penyeliaan di Bilik Darjah – perlu menyelia dan
                memastikan keselamatan dan mengambil langkah  
                proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar  
                munasabah.

            4. Pengetua – mengambil maklum dokumen
                undang-undang, berkongsi / menyebarluas,
                mengingatkan staf secara konsisten dan perlu         
                memastikan guru mahir / tahu.

            5. Guru – “In-loco parentis” / tanggungjawab seperti. Ibu bapa.
                   Cuai boleh didakwa.

d) Prosedur tindakan displin di sekolah 

              1.Tindakan yang betul

                           a) Diberitahu – kesalahan & hukuman
                           b) Keterangan bela diri
                           c) Kemuka Rayuan - didengari
                           d) Jatuh hukuman dengan adil.

              2.Rujuk – Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas

              3.Elak hukuman – tidak tepat, mendera menjatuhkan maruah & tidak ikut surat pekeliling        ikhtisas


TOPIK 8 - PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

 UNSUR FIZIKAL BILIK DARJAH

Berubah-ubah mengikut perkembangan idea pendidikan dari semasa ke semasa. Masa kiniDitafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Dilengkapi dengankemudahan seperti kerusi dan meja yang di susun mengikut kehendak aktiviti pengajarandan pembelajaran.

 KONSEP BILIK DARJAH

Diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antaranya Bilik Darjah Tradisi Bilik Darjah KBSR dan KBSM. Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas. Bilik Darjah Terbuka.

  • Bilik Darjah Tradisi : Susunan kerusi dan meja. Murid yang mempunyaimasalah(fizikal tubuh badan,penglihatan atau pendengaran) Di susun berpusatkan guru.Aktiviti murid berkumpulan jarang dilakukan
  • Bilik Darjah KBSR : Susunan kerusi dan meja mengikut kaedah berkumpulan-bakatdan kebolehan Strategi pengajaran berpusatkan murid.Banyak interaksi berlaku.Menggunakan alat bantu mengajar. Ruang pembelajaran disediakan. Murid bergerak aktif.

  • Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas : Dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan. Susunankerusi dan meja diubahsuai untuk kerja amali. Sudut bilik dilengkapi perabot dan almariuntuk menyimpan peralatan. Kemudahan tambahan seperti sinki dan paip air.
  • Bilik Darjah Terbuka : Open Educational and The American School, R.S. Barth; “ konsep pendidikan terbuka sebagai satu pendekatan pengajaran-pembelajaran, ruang-ruangpembelajaran bahan-bahan pelajaran serta penglibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran.”



ASPEK FIZIKAL BILIK DARJAH

1.      KEBERSIHAN

 Persekitaran yang bersih contoh lantai tiadasampah, tingkap tiada habuk dan tong sampah tidak dibiarkan penuh. Pakaian murid jugaperlu bersih dan kemas.

2.       KESELAMATAN

Mempuyai pelan keselamatan kebakaran Semuaalatan dan bahan di dalam bilik darjah perlu selamat digunakan. Persekitaran bilik darjahtidak mendatangkan bahaya hingga melibatkan kemalangan.

3.      PENGGUNAAN KEMUDAHAN

Digunakan dengan baik Tanpa membazir

            Guru juga perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susunatur di bilik darjah. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendali bilik darjah dengan mudah. Ruang yang kerap digunakan sepatutnya tidak mempunyai sebarang bentuk halangan dan mudah dilalui. Pelajar juga perlu berada di dalam kedudukan yang selesa di mana mereka boleh melihat guru ataupun sebarang persembahan pengajaran oleh guru tanpa perlu berpaling ataupun bergerak ke mana-mana. Bahan yang kerap digunakan di dalam bilik darjah seperti buku rujukan dan kad kebenaran keluar bilik darjah sepatutnya ditempatkan di tempat yang mudah diambil apabila diperlukan.  Selain daripada itu, perhiasan yang tidak keterlaluan di dalam bilik darjah juga perlu difikirkan oleh guru untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah dan seterusnya meningkatkan motivasi dalaman guru dan pelajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini. Ruang ini bolehlah dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar pelajar merasa selesa dan tenang. Marsh (2004) turut memberikan idea yang sama dengan Kronowitz. Marsh (2004) mengatakan bahawa tindakan guru meletakkan tumbuhan ataupun binatang peliharaan seperti ikan atau burung di dalam bilik darjah akan membantu pelajar membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka melalui tugas mereka dalam menguruskan tumbuhan ataupun binatang peliharaan tersebut. Glenn (2001) menegaskan bahawa environmen bilik darjah yang ceria dan gembira akan mendorong ke arah pembelajaran yang lebih memberangsangkan.    

TOPIK 7 - PENGURUSAN SUMBER



Seorang guru haruslah bijak dalam proses mencari sumber pembelajran yang akan dilaksanakan semasa proses mengajaran dan pembelajaran diadakan, Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid lebih muda untuk menguasai suatu topik yang sedang diajarkan. Pengurusan merujuk kepada satu seni untuk melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilakukan secara sistematik, teratur serta mempunyai garis panduan yang tertentu. (Buck, 2010). Sumber pula merujuk kepada bahan dan tenaga yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu.

Pembelajaran berasaskan sumber sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, tanpa sumber, murid-murid tidak dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka kerana hanya berfokus kepada guru sahaja. Antara sumber yang sering digunakan oleh murid-murid dan guru di sekolah adalah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan sebuah tempat yang menyediakan pelbagai kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah diurus secara sistematik. Justeru pusat sumber sekolah juga merupakan istitusi yang paling utama di dalam sistem pendidikan negara.

Seterusnya, penggunaan bahan maujud sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan maujud adalah bahan konkrit atau lebih dikenali sebagai bahan sebenar yang boleh disentuh, dipegang dan bahan yang nyata. Antara contoh bahan ini adalah seperti komputer, perkakas sains, alat tulis, bangunan dan sebagainya. Bahan ini juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Penggunaan bahan-bahan tersebut di dalam bilik darjah dapat meningkatkan pemahaman murid-murid mengenai suatu perkara yang belum mereka pelajari dengan mentranformasikan perkara itu dalam dunia yang nyata melalui deria sentuhan, penglihatan, rasa dan sebagainya.

Pusat Sumber berperanan untuk:

- menyediakan akses maklumat dan bahan yang banyak kepada pelajar
- memudahkan pelajar memperoleh bahan rujukan pembelajaran tambahan
- menyumbangkan kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kondusif
- meningkatkan kualiti pendidikan
- menyediakan pelajar dengan pelbagai maklumat
- membina budaya ilmu
- menanam asas pendidikan sepanjang hayat
- memperkembangkan potensi pelajar.

Kepentingan NILAM

- memupuk amalan membaca sepanjang hayat di kalangan pelajar
- meningkatkan minat membaca
- memperluaskan ilmu pengetahuan pelajar
- membolehkan pelajar melalukan pembacaan semasa ada peluang masa
- peningkatan kemahiran bahasa

Tugasan Penyelaras PSS:

- mendengar arahan pengetua sekolah
- merancang pembangunan sumber manusia PSS
- menyelaras perbelanjaan dengan merekod kewangan PSS daan stok PSS
- menjalin hubungan baik dengan pihak atau agensi luar
- memilih dan melantik guru-guru dan setiausaha yang bertanggungjawab dalam PSS

Tugasan Guru PSS:

- membantu penyelaras (GPK1) dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
- merekod dan mengkelas koleksi buku-buku
- menyemak keadaan buku PSS
- menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot, koleksi badan dan perancangan serta melakukan promosi aktiviti PSS
- menubuh Jawatankuasa Guru Pembantu PSS dan pengagihan bidang tugas
- melatih dan menyelia pengawas PSS sebagai pembantu PSS
- menyusun dan menatur jadual waktu penggunaan PSS mengikut keperluan sekolah
- menjalan kerja menyemak stok pada hujung tahun










TOPIK 6 - PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan bilik darjah merupakan kebolehan guru untuk mengawal murid-murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Menurut Guey R. Lefroncis (1999), pengurusan bilik darjah merujuk kepada “sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang. Ini bertujuan untuk memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran”.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah terbahagi kepada dua:

a) Faktor Fizikal 

Menurut Mok Soon Sang (2011) faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah tersebut. Sebagai contohnya, kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidik, suasana fizikal sekolah kondusif adalah faktor yang penting dalam usaha meningkatkan keberkesanana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah.

b) Faktor Kemanusiaan 

Manakala bagi faktor kemanusiaan pula, Mok Soon Sang (2011) telah mengklasifikasikannya kepada dua kategori iaitu faktor sosial dan faktor emosi. Faktor sosial merujuk kepada hubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Contohnya, murid yang mempunyai sifat pendiam tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Sifat-sifat yang ditunjukkan oleh guru di dalam kelas akan mempengaruhi suasana emosi yang akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid. Sebagai contohnya, guru yang bersifat agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisahan di kalangan murid.


Pelaksanaa bilik darjah abad ke-21 sememangnya membantu memperkasa mutu pembelajaran. Hal ini demikian kerana menurut Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (2018), garis panduan yang patut dipatuhi oleh guru kelas ada lah seperti berikut;

  1. kedudukan guru berhampiran dengan murid
  2. pemandangan murid jelas dan tidak terhalang
  3. ruang pergerakan yang selesa
  4. akses mudah kepada sumber pembelajaran
  5. penggunaan ruang pada dinding
  6. wujud ruang untuk aktiviti-aktiviti tertentu
  7. beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan, dan perabot
  8. kebersihan
  9. susunan kerusi meja murid yang fleksibel (tradisional, kumpulan kecil, seminar)


     Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) hendaklah berlaku secara formatif dan sumatif selain berterusan dalam sesi P&P bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, keboleha, dan pencapaian murid. PBD tidak membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka. Antara kepentingan PBD adalah;

  • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
  • mengetahui keberkesanan pengajaran
  • merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
  • mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Sebagai rumusannya, setiap guru haruslah mengetahui maksud pengurusan bilik darjah secara mendalam dan cara untuk menguruskannya. Hal ini dapat membina sebuah organisasi yang baik di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah bijak dalam memikirkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah disiplin yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, sangat penting bagi guru-guru untuk mengambil tahu serba sedikit mengenai latar belakang dan minat murid-murid agar prosesp pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

















TOPIK 5 - PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan. Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Bagi melahirkan dan membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaiamana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), suatu perancanagan yang lebih berstruktur dan strategik perlu dilakukan di sekolah dimana perancangan ini meliputi dari segi akademik serta bukan akademik. Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan, pengelolaan, pentadbiran dan pengawalan atau pemulihan. Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir iaitu guru besar atau pengetua dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembantu, perancang, pemudah cara penyelaras dan pengawal serta kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya terutama kepada para pelajar bagi memastikan sistem pengurusan murid ini lebih dinamik.

Kaedah dalam menguruskan rekod murid:

a)      Sistem maklumat murid berkomputer

Sistem ini diperkenalkan pada tahun 2000. Ia mengandungi maklumat senarai rekod kesihatan murid, rekod rancangn makanan tambahan (RMT), rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian, dan kemudahan mendaftar untuk murid. Dikenali sebagai sistem maklumat murid (SMM)

b)      Pentaksiran berasaskan sekolah

Pentaksiran berasaskan sekolah dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan.

c)      Sistem laporan adab belajar

Sistem laporan dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari 2004 ekoran daripada cadangan Kementerian Pendidikan (2003). Ia bertujuan untuk menilai murid bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah mereka perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. Sebagai medium untuk melaporkan dengan lebih komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap setiap murid. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

Natijahnya, pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya si sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah di kenal pasti pada peringkat awal. Melalui tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid dalam meningkatkan kemajuan dalam pembelajaran.

TOPIK 4 - KEPIMPINAN & ORGANISASI

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan. Manakala kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk memimpin sesebuah persatuan melalui teladan. Kepimpinan pengajaran pula adalah segala tindakan yang wajar dilakukan bagi memperkembangkan potensi dan menarik minat setiap pelajar.
Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, guru serta murid.

KONSEP KEPIMPINAN DI SEKOLAH

Kepimpinan di peringkat sekolah dibahagikan kepada empat iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi. Autokratik adalah kepimpinan secara sehala iaitu daripada seorang pemimpin kepada orang yang dipimpinnya. Demokratik pula mengamalkan sikap adil dan sama rata. Bagi Laissez-faire pula, ianya bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh autokratik. Yang terakhir adalah kontigensi iaitu kepimpinan yang berpandukan kepada sesebuah situasi yang sedang dihadapi.

Antara ciri-ciri seorang guru yang berkepimpinan adalah berdasarkan amalan pembelajaran yang berterusan, tidak mementingkan diri sendiri, berkebolehan dalam memimpin, mampu menjadi teladan untuk para pelajar dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Menjadi seorang guru kemahiran membuat keputusan adalah sangat penting. Hal ini kerana apabila seorang guru gagal dalam membuat keputusan yang melibatkan para pelajarnya, dia akan melihat kegagalannya itu merosakkan diri para pelajarnya.

Gaya pengajaran seseorang guru itu menunjukkan bagaimana sikap kepimpinan yang diamalkannya di dalam kelas. Kepimpinan di dalam kelas atau bilik darjah ini melibatkan cara guru-guru menarik perhatian para pelajarnya dan membuatkan para pelajar focus sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Kemahiran ini juga wujud apabila para guru ini menguruskan sesebuah kelas yang mempunyai para pelajar dengan tahap kepintaran dan perkembangan yang berbeza.

Sebagai kesimpulan, dalam menjayakan sesebuah organisasi, pemimpinnya perlulah mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi agar dapat meyakinkan anak buahnya dan juga masyarakat sekeliling. Di sekolah pengetua sebagai pemimpin yang dibantu oleh guru-guru yang lain sentiasa berusaha untuk memastikan semua para pelajarnya dapat mencapai kejayaan yang diingini.


Keratan di atas diperoleh daripada Utusan Online yang bertajuk "Kempimpinan Berkesan Dalam Organisasi Sekolah". 





TOPIK 3 - KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN??? APA ITU PENGURUSAN???

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurusan bermaksud kerja mengurus sesuatu perkara secara berterusan. Manakala pembelajaran bermaksud proses belajar sesuatu perkara yang baru. Pengurusan dan pembelajaran melibatkan proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha untuk mewujudkan sesuatu perubahan dalam diri seseorang yang tidak disebabkan oleh pertumbuhan.

Antara kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah kaedah berpusatkan guru, berpusatkan pelajar, berpusatkan bahan dan kaedah mengaitkan dengan pengalaman. Menurut Ewert, Place dan Sibthorp (2005), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikaitkan dengan pengalaman mampu mendedahkan para pelajar kepada pengalaman sebenar berbanding dengan pembelajaran secara teori sahaja.

Perspektif pengurusan terbahagi kepada dua iaitu bilik darjah dan sekolah. Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan yang aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden, 2003). Dalam pengurusan bilik darjah terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu pembelajaran, tingkah lau dan disiplin, dan fizikal. Strategi pengurusan pembelajaran adalah berpusatkan kepada guru, bahan, dan pelajar. Strategi berpusatkan guru adalah satu strategi di mana guru menguasai proses pengajaran dan pembalajaran contohnya kuliah, penghafalan, menyalin nota dan membuat latihan yang diberi oleh guru. Manakala strategi berpusatkan bahan pula guru menggunakan bahan seperti buku, bahan lukisan, komputer, peralatan saintifik dan lain-lain untuk menjalankan pengajaran. Strategi pengurusan pembelajaran yang berpusatkan pelajar pula pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. 

            Pengurusan sekolah adalah sebuah sistem pengurusan organisasi bagi menjamin matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan lancar. Namun, pengurusan sekolah menjadi semakin sukar dengan cabaran-cabaran yang semakin bertambah setanding dengan kemajuan negara. Kesukaran ini juga disebabkan oleh pembaharuan sistem pendidikan yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua guru-guru.

            Antara prinsip yang perlu diamalkan dalam sesi pembelajaran adalah ianya mestilah kondusif, bermatlamat dan mampu mendorong para pelajar. Suasana yang kondusif sedikit sebanyak dapat meningkatkan minat belajar dalam diri para pelajar. Ditambah pula dengan dorongan yang positif daripada para guru, pelajar-pelajar ini akan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.

TOPIK 2 - INTERAKSI & PEMBELAJARAN


Sosialisasi merupakan satu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia merupakan satu proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma/ nilai dalam keluarga atau budaya. 

Sosialisasi terbahagi kepada tiga jenis sosialisasi normal iaitu:

  1.  primer/permulaan 
  2. sekunder/penyertaan 
  3. resosialisasi. 


Sosialisasi primer adalah proses pembelajaran yang berlaku dalam keluarga misalnya, kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran, motor, dan penaakulan. Seterusnya sosialisasi sekunder adalah proses pembelajaran yang berlaku di luar lingkungan keluarga misalnya, pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti  rakan sebaya, guru dan media massa. Manakala resosialisasi pula merupakan proses individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai yang sedia ada. Dalam pendidikan di Malaysia , sosialisasi adalah matlamat utama di mana sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan. 

     Interaksi dan pembelajaran dinamika dalam bilik darjah amat patut dititikberatkan. Dalam dinamika kumpulan, guru berperanan mengenalpasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah. Guru patut memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir, menggunakan kuasa penularan dan membimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini. 



APAKAH INTERAKSI????

Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain  iaitu tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

Pembelajaran pula adalah proses kegiatan belajar. Pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu.

Interaksi Dalam Bilik Darjah:


  • Guru perlu menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses P&P.
  • Interaktif aktif sesama pelajar dapat melatih mereka berdikari & mengalami sendiri proses pembelajaran
  • Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentu lisan / bukan lisan.


JENIS INTERAKSI

1. Interaksi sehala : Guru kepada Murid
  • Berpusatkan guru
  • Tiada interaksi antara murid & aktiviti P&P pasif
  • Kurang berkesan jika diamalkan dalam P&P tetapi sesuai untuk memberi taklimat/arahan kepada murid

2. Interaksi dua hala : Antara Guru dengan Murid / Murid dengan Murid.
  • Hubungan mesra antara guru & murid & murid yang lain
  • Penglibatan murid digalakkan
  • P&P yang aktif & kreatif

3. Interaksi pelbagai hala : Guru dengan Murid, Murid dengan Murid & Murid dengan Guru.

  • P&P yang sangat aktif
  • Hubungan antara guru & murid, murid & murid lebih erat & mesra.
  • Penglibatan guru & murid sangat aktif


TAJUK 1 - SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Apakah sosiologi ????

Sosiologi merupakan kajian sainstifik mengenai masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, memahami dan mengetahui struktur asas masyarakat manusia. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi berasal daripada perkataan Latin, iaitu "sosio" yang bermaksud berkongsi dan gabungan Yunani dan Rom yang bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat. Antara tokoh sosiologi ialah Ibnu Khaldun, Auguste Comte, Karl Max, Emile Durkhiem dan Max Waber.

Teori Sosiologi dalam Pendidikan 

Menurut ahli falsafah Barat iaitu John Dewey, pendidikan ialah satu prosesperkembangan individu. Manakala, Syed Muhhamad Quth mengatakan pendididkan ialah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan merupakan proses pemindahan secara formal dan tidak formal seperti kemahiran, pengetahuan dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hassan, 2006).  Jika sosiologi bermaksud kajian sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut, sosiologi pendidikan pula bermaksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matalamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antara matlamat pendidikan di negara kita Malaysia adalah untuk sosiolisasi. pemilihan, pembudayaan, pelaburan, pembinaan negara bangsa dan perkembangan potensi diri. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan dididik. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk potensi, bakat dan sahsiah murid-murid. 

Perspektif Dalam Teori Sosiologi

Perspektif sosiologi terbahagi kepada 2 iaitu mikro dan makro. Mikro bersifat lebih kecil dan individu. Ianya berkait rapat dengan Teori Interaksionisme Simbolik. Antara contoh perspektif sosiologi bersifat mikro ialah penagihan dadah yang merupakan pilihan individu yang membawa kesan kesihatan fizikal dan mental hanya ke atas indidvidu tersebut. Manakala makro pula bersifat lebih besar dan kompleks yang hanya berfokuskan kepada masyarakat atau organisasi. Ianya berkait rapat dengan Teori Konflik & Teori Fungsionalisme. Antara contoh perspektif sosiologi bersifat makro ialah kes jenayah, penyakit berjangkit dan pengabaian anak-anak yangg memberi kesan kepada masyarakat. 

Teori Fungsionalisme

Teori ini dipelopori oleh Auguste Comte (1789-1857). Teori ini mengkaji mengenai perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat. Mereka menganggap masyarakat seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Teori ini juga memperlihatkan struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam disiplin sains tulen. Masyarakat diumpamakan seperti organisma yang mempunyai bahagian dikenali struktur yang akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat. Terdapat tiga andaian ahli fungsionalisme (Brinkerhoff & White, 1989) mengenai teori Fungsionalisme ini. Antaranya ialah:
  • Stabiliti - Kriteria penilaian untuk menentukan sejauh mana sesebuah  masyarakat dapat dikekalkan.
  • Harmono - Bagaimana struktur masyarakat bekerjasama mencapai tujuannya
  • Evolusi - Perubahan dalam masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan. 

Teori ini menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan (Teori Konsensus)

Teori Konflik

Teori ini juga mengkritik kapitalisme Seterusnya, Teori Konflik, dipelopori oleh Karl Max (1881-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864-1920). Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik ini berlaku antara kelas sosila berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan. Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. manakala mengikut aliran Weber, beliau berpendapat konflik antara kelas soial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat. Bagi beliau idea-idea keagamaan sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat. Teori konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kiasannya. Dalam erti kata lain, pandangan individu tidak diutamakan. 

Teori Interaksionisme 

Teori ini telah dipelopori oleh George Hervest Mead (1863-1931). Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra. Teori ini melihat pendidikan dan struktur individu (mikro) seperti interaksi murid, guru dan pihak pentadbiran di sekolah. Sebagai contoh, bagaimanana aksi murid apabila berhadapan dengan guru serta bentuk hubungan antara murid dan guru yang dikehendaki. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.