Sosialisasi merupakan satu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia merupakan satu proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma/ nilai dalam keluarga atau budaya.
Sosialisasi terbahagi kepada tiga jenis sosialisasi normal iaitu:
Sosialisasi primer adalah proses pembelajaran yang berlaku dalam keluarga misalnya, kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran, motor, dan penaakulan. Seterusnya sosialisasi sekunder adalah proses pembelajaran yang berlaku di luar lingkungan keluarga misalnya, pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru dan media massa. Manakala resosialisasi pula merupakan proses individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai yang sedia ada. Dalam pendidikan di Malaysia , sosialisasi adalah matlamat utama di mana sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan.
- primer/permulaan
- sekunder/penyertaan
- resosialisasi.

Interaksi dan pembelajaran dinamika dalam bilik darjah amat patut dititikberatkan. Dalam dinamika kumpulan, guru berperanan mengenalpasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah. Guru patut memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir, menggunakan kuasa penularan dan membimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini.
APAKAH INTERAKSI????
Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain iaitu tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
Pembelajaran pula adalah proses kegiatan belajar. Pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu.
Interaksi Dalam Bilik Darjah:
- Guru perlu menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses P&P.
- Interaktif aktif sesama pelajar dapat melatih mereka berdikari & mengalami sendiri proses pembelajaran
- Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentu lisan / bukan lisan.
JENIS INTERAKSI
1. Interaksi sehala : Guru kepada Murid
- Berpusatkan guru
- Tiada interaksi antara murid & aktiviti P&P pasif
- Kurang berkesan jika diamalkan dalam P&P tetapi sesuai untuk memberi taklimat/arahan kepada murid
2. Interaksi dua hala : Antara Guru dengan Murid / Murid dengan Murid.
- Hubungan mesra antara guru & murid & murid yang lain
- Penglibatan murid digalakkan
- P&P yang aktif & kreatif
3. Interaksi pelbagai hala : Guru dengan Murid, Murid dengan Murid & Murid dengan Guru.
- P&P yang sangat aktif
- Hubungan antara guru & murid, murid & murid lebih erat & mesra.
- Penglibatan guru & murid sangat aktif

No comments:
Post a Comment