Sunday, 23 June 2019

TOPIK 12 - PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Pengurusan pelbagai upaya merupakan satu langkah ynag diambil untuk memberi bantuan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mental atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU).

pengurusan murid pelbagai upaya memfokuskan kepada tiga perkara utama iaitu pemulihan, pengayaan, dan kecerdasan pelbagai. Pemulihan bermaksud perbuatan untuk memulihkan sesuatu kepada keadaan semula. Pembelajaran pemulihan bermaksud memperbaiki sesuatu kekurangan. Menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar yang dikesan mempunyai masalah tersebut perlulah diberikan bantuan agar mereka dapat mengusai kemahiran 3M tersebut.

Seterusnya adalah penggayaan. Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Selain itu, murid boleh belajar bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.

Akhir sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali  akan tetapi guru perlu lebih perhatian terhadap golongan ini.











No comments:

Post a Comment