Selain itu, watak yang saya senangi di dalam kelas ialah Salsabila binti Adnan. Dia merupakan pelajar daripada ISMP Sejarah. Kami mengenali antara satu sama lain semasa dari semester satu. Bella merupakan seorang gadis yang tinggi lampai dan berkaca mata. Dia berasal daripada Kota Bharu Kelantan. Saya memilih dia kerana mempunyai perwatakkan yang ceria dan sentiasa menghiburkan saya. Saya berasa gembira kerana dapat belajar di dalam kelas yang sama. Ketika di dalam kelas, Bella agak pendiam dan kurang bercakap berbanding di rumah kerana dia lah yang banyak bercakap.
Bagi saya Bella merupakan seorang yang sahabat yang baik, rajin dan mempunyai ramai kawan. Dia suka menolong orang yang berada dalam masalah seperti saya. Dia juga selalu mengambil berat akan kawan-kawannya misalnya, jika saya mempunyai masalah kesihatan, dia lah yang akan membawa saya ke klinik. Saya berasa syukur kerana mempunyai sahabat seperti Bella. Itu sahaja ulasan saya.

No comments:
Post a Comment