Berubah-ubah mengikut perkembangan idea pendidikan dari semasa ke semasa. Masa kiniDitafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Dilengkapi dengankemudahan seperti kerusi dan meja yang di susun mengikut kehendak aktiviti pengajarandan pembelajaran.
KONSEP BILIK DARJAH
Diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antaranya Bilik Darjah Tradisi Bilik Darjah KBSR dan KBSM. Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas. Bilik Darjah Terbuka.
- Bilik Darjah Tradisi : Susunan kerusi dan meja. Murid yang mempunyaimasalah(fizikal tubuh badan,penglihatan atau pendengaran) Di susun berpusatkan guru.Aktiviti murid berkumpulan jarang dilakukan
- Bilik Darjah KBSR : Susunan kerusi dan meja mengikut kaedah berkumpulan-bakatdan kebolehan Strategi pengajaran berpusatkan murid.Banyak interaksi berlaku.Menggunakan alat bantu mengajar. Ruang pembelajaran disediakan. Murid bergerak aktif.
- Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas : Dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan. Susunankerusi dan meja diubahsuai untuk kerja amali. Sudut bilik dilengkapi perabot dan almariuntuk menyimpan peralatan. Kemudahan tambahan seperti sinki dan paip air.
- Bilik Darjah Terbuka : Open Educational and The American School, R.S. Barth; “ konsep pendidikan terbuka sebagai satu pendekatan pengajaran-pembelajaran, ruang-ruangpembelajaran bahan-bahan pelajaran serta penglibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran.”
ASPEK FIZIKAL BILIK DARJAH
1. KEBERSIHAN
Persekitaran yang bersih contoh lantai tiadasampah, tingkap tiada habuk dan tong sampah tidak dibiarkan penuh. Pakaian murid jugaperlu bersih dan kemas.
2. KESELAMATAN
Mempuyai pelan keselamatan kebakaran Semuaalatan dan bahan di dalam bilik darjah perlu selamat digunakan. Persekitaran bilik darjahtidak mendatangkan bahaya hingga melibatkan kemalangan.
3. PENGGUNAAN KEMUDAHAN
Digunakan dengan baik Tanpa membazir
Guru juga perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susunatur di bilik darjah. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendali bilik darjah dengan mudah. Ruang yang kerap digunakan sepatutnya tidak mempunyai sebarang bentuk halangan dan mudah dilalui. Pelajar juga perlu berada di dalam kedudukan yang selesa di mana mereka boleh melihat guru ataupun sebarang persembahan pengajaran oleh guru tanpa perlu berpaling ataupun bergerak ke mana-mana. Bahan yang kerap digunakan di dalam bilik darjah seperti buku rujukan dan kad kebenaran keluar bilik darjah sepatutnya ditempatkan di tempat yang mudah diambil apabila diperlukan. Selain daripada itu, perhiasan yang tidak keterlaluan di dalam bilik darjah juga perlu difikirkan oleh guru untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah dan seterusnya meningkatkan motivasi dalaman guru dan pelajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Kronowitz (2004) mencadangkan agar guru menyediakan satu sudut yang boleh membantu pelajar mengisi masa yang terluang dalam satu suasana yang berbeza berbanding bilik darjah mereka tetapi masih mengekalkan budaya belajar pada ruang tersebut seperti perpustakaan mini. Ruang ini bolehlah dihiasi dengan hiasan yang ringkas dan unik agar pelajar merasa selesa dan tenang. Marsh (2004) turut memberikan idea yang sama dengan Kronowitz. Marsh (2004) mengatakan bahawa tindakan guru meletakkan tumbuhan ataupun binatang peliharaan seperti ikan atau burung di dalam bilik darjah akan membantu pelajar membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka melalui tugas mereka dalam menguruskan tumbuhan ataupun binatang peliharaan tersebut. Glenn (2001) menegaskan bahawa environmen bilik darjah yang ceria dan gembira akan mendorong ke arah pembelajaran yang lebih memberangsangkan.
No comments:
Post a Comment