Apakah sosiologi ????
Sosiologi
merupakan kajian sainstifik mengenai masyarakat manusia dan tingkah laku sosial
manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, memahami dan mengetahui
struktur asas masyarakat manusia. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok
masyarakat. Sosiologi
berasal daripada perkataan Latin,
iaitu "sosio" yang bermaksud berkongsi dan gabungan Yunani dan Rom
yang bermaksud pengetahuan mengenai masyarakat. Antara tokoh sosiologi ialah Ibnu Khaldun, Auguste Comte, Karl Max, Emile Durkhiem dan Max Waber.
Teori Sosiologi dalam Pendidikan
Menurut ahli falsafah Barat iaitu John Dewey, pendidikan ialah satu prosesperkembangan individu. Manakala, Syed Muhhamad Quth mengatakan pendididkan ialah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan merupakan proses pemindahan secara formal dan tidak formal seperti kemahiran, pengetahuan dan nilai yang berlaku antara satu generasi ke generasi yang lain atau dalam generasi yang sama (Amir Hassan, 2006). Jika sosiologi bermaksud kajian sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut, sosiologi pendidikan pula bermaksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matalamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antara matlamat pendidikan di negara kita Malaysia adalah untuk sosiolisasi. pemilihan, pembudayaan, pelaburan, pembinaan negara bangsa dan perkembangan potensi diri. Ada berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar dan dididik. Dengan itu proses pendidikan ialah proses memupuk potensi, bakat dan sahsiah murid-murid.
Perspektif Dalam Teori Sosiologi
Perspektif sosiologi terbahagi kepada 2 iaitu mikro dan makro. Mikro bersifat lebih kecil dan individu. Ianya berkait rapat dengan Teori Interaksionisme Simbolik. Antara contoh perspektif sosiologi bersifat mikro ialah penagihan dadah yang merupakan pilihan individu yang membawa kesan kesihatan fizikal dan mental hanya ke atas indidvidu tersebut. Manakala makro pula bersifat lebih besar dan kompleks yang hanya berfokuskan kepada masyarakat atau organisasi. Ianya berkait rapat dengan Teori Konflik & Teori Fungsionalisme. Antara contoh perspektif sosiologi bersifat makro ialah kes jenayah, penyakit berjangkit dan pengabaian anak-anak yangg memberi kesan kepada masyarakat.
Teori Fungsionalisme
Teori ini dipelopori oleh Auguste Comte (1789-1857). Teori ini mengkaji mengenai perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat. Mereka menganggap masyarakat seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Teori ini juga memperlihatkan struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam disiplin sains tulen. Masyarakat diumpamakan seperti organisma yang mempunyai bahagian dikenali struktur yang akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat. Terdapat tiga andaian ahli fungsionalisme (Brinkerhoff & White, 1989) mengenai teori Fungsionalisme ini. Antaranya ialah:
- Stabiliti - Kriteria penilaian untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
- Harmono - Bagaimana struktur masyarakat bekerjasama mencapai tujuannya
- Evolusi - Perubahan dalam masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
Teori ini menekankan persefahaman ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan (Teori Konsensus)
Teori Konflik
Teori ini juga mengkritik kapitalisme Seterusnya, Teori Konflik, dipelopori oleh Karl Max (1881-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864-1920). Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan. Konflik ini berlaku antara kelas sosila berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan. Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial. manakala mengikut aliran Weber, beliau berpendapat konflik antara kelas soial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat. Bagi beliau idea-idea keagamaan sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat. Teori konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk mengekalkan kiasannya. Dalam erti kata lain, pandangan individu tidak diutamakan.
Teori Interaksionisme
Teori ini telah dipelopori oleh George Hervest Mead (1863-1931). Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra. Teori ini melihat pendidikan dan struktur individu (mikro) seperti interaksi murid, guru dan pihak pentadbiran di sekolah. Sebagai contoh, bagaimanana aksi murid apabila berhadapan dengan guru serta bentuk hubungan antara murid dan guru yang dikehendaki. Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment